Friday, January 30, 2004

Abah part 1.

Abah saurang yang boleh dikatokan urang yang belajau sendiri. Dio tak habi sekolah ronda pun, Sekolah Melayu darja 3, kemudian masuk Sekola Urang Putih inggo darja 2. Tetapi dio lobe pandai dari urang yang ado PhD. Sekurang kurang nyo begitu la, raso anak ini. Ini pandangan saurang anak kepado aya inyo.

Macam mano pun ayah sepatuiknyo totap tinggi dalam pandangan anak. Malang lah kalau itu pun tak dapek nak capai. Martabat saurang aya. Bagi anak ini, aya inyo ado PhD. Aya inyo kato tigo tauun dalam tahanan tu adolah universiti bagi inyo. Hiduik seteruinyo tak kan tak layak inyo dibagi PhD. Doktor Persuratan dari hal hal Kemanusioan.

"Ngapo Aba kono tahan?" anak ini tanyo.

Dio jawab, "Oh, Pak Itam Endut, kone ko dek waang, Pak Itam Endut? Pak Itam Endut nak kelambu, Aba jue kelambu di Pokan Sari. Aba jue macam macam kek Pokan Sari, tapi yang inyo nak tu Aba tak bagi. Nak Free, mano bule." Jawab inyo, selambo.

Maso dharurat dulu, urang yang disyaki membantu pihak komenes, di mintak lalu kedalam Pasar Lamo Temolo, disebola Bari Lintang. Masuk pintu kiri, jalan melalui pasar, sampai kehujung pasar. Dalam pasar itu ado beberapo tali baruit Urang Putih, “Urang Luor” tak tau sapo, yang mano satu, yang sah nyo pasti ado tali baruik yang tugas inyo membagi isyarat, sapo simpati dengan komenes, sapo tidak. Sapo Komenes sapo tidak. Yang dibagi isyarat, semaso keluar dipintu kanan, torui digari, bawak keruma pasung, di topi sungai. Bisoknyo pinda kelokap Mentakab. Lope tu hilang tak tau cerito.

Pagi itu Aba keluor agak pagi, jalan kaki besamo Mualim Derapar untuk kekodai. "Macam mano, harui kito lakukan supayo, Syarikatul Khairiah akan menjadi institusi pelajaran yang ulung diPahang, kato inyo. Supayo satu ari nanti, io bule mengeluorkan, enginaar, akitek, akautan, pentadbir, guru, ustad dan professor. Dalam pelbagai bidang tapi totap tau ugamo inyo, tanggung jawab inyo.." Aba, sebagai saurang yang tak abi sekola ronda tapi dizaman mudonya lagi bercito cito untuk menguba masyarakatnyo. Maso itu inyo masih bujang.

"Pagi tu, borek raso Aba nak kekodai, tapi laju jo langkah kaki melangka kekodai," Itu la kadok dan kadar, namo nyo. Memang kelaziman nyo ado kerojo atau tak ade kerojo inyo berjalan kaki pergi ke kodai.

Pagi itu, pagi las inyo bebas untuk bebberapo lamo kemudian. Inyo kono tahan tigo taun lobe, saperti beribu ribu pemudo seangkatan inyo dimaso itu. Pejuang Pejuang Tanah Air. Urang urang yang memperjudikan diri untuk kemerdekaan kito. Pejuang pejuang yang dicap sebagai pengane bilo negaro kito merdeka. THE UNSUNG HEROES. Ipoh, Bruas, Morib inyo dipindah dari satu tompek te tompek tahanan.

Inyo mungkin tak cerito abi, tapi inyo tak pronah marah atau dondam kek Pak Itam Enduk, yang menyebabkan inyo kono masuk tahanan. Dan Pak Itam Enduk, semaso tuo nyo, kek kodai abah lah topek singgah inyo, kalau kekodai. Inyo tingge diBukit Pak Silap. Ingek lagi misai bekaluk Pak itam Endut. Bonci joo tengok muko inyo, tapi abah sendiri kalau Pak Itam Enduk singgah, inyo belanjo teh.

"Jadi buek apo rugikan diri dengan marah, sedangkan abah sendiri tak mara." pikir anak ini.


Bagi inyo tahanan itu adolah universiti inyo. Macam macam ilmu inyo dapek disano.

"Ilmu apo abah belajau kek universiti Aba tu bah."

"Macam macam, betukang, menjahit pakaian, akaun, pengurusan, socioloji dan kemasyarakatan, politik, ilmu hiduik, ilmu sains, kejuruteraan, macam macamlah"

"Kalau di ulang semulo huduik ini, dan aba dapek pilehan, abah nak kono tahanan, ko tak nak kono tahan."

"Biar kono tahan,” kato inyo,

“Tu, urang tuo tu, jau abah tuo dari inyo, tapi, inyo tak kono tahan, tengok, tau dek waang kesengsaraan hiduik inyo tu. Oh, bia abah kono tahan."

Pronah dimuko dopan akhbar harian maso itu, Tajuk Berita, "Ramli Taib, masih di Tahan" macam urang ponting botoi.

Amak Pita kato, "Abah waang tu, inyo bagi ceramah kek darek, untuk urang dalam, sebab tu kono tangkok." Tak tau lah tu, Kalau iyo pun, maso itu memang gitu, Masyarakat dibagi duo, urang dalam, urang yang menyokong pejuang, urang luar yang makan gaji dengan urang putih. Kalau kito zaman itu pun, kito mungkin disebola urang dalam.

Duo hari sebolom itu ado ceramah, di darek, dokek Bengawan. Semoleh kobau, ucapan, demi ucapan, membakar semangek untuk bejuang, menontang inggeris. Amak dengan Pesah anak aruah Pak Hassan Tempayan ditugaskan untuk mengotok tong kalau datang aska upahan urang puteh.

“Nasib baik tak ade. “

Tak berapo lamo sesudah Aba keluo tahanan inyo mendirikan ruma tanggo dengan Halijah binti Tasir.

Mungkin itu lah yang dimaksudkan oleh abah "Dunio ini pentas, dan somo lelaki dan perempuan adolah pelakon ajo."

Tuesday, January 27, 2004

BELIDA KUA YANG
Oleh ROSELAN AB MALEK

Send to a friend | Printable Page

BELIDA (Notopterus chitala) atau dikenali juga Featherback mendiami sungai, bekas lombong dan paya. Ia mempunyai mulut kecil, bentuk badan yang membesar dari sirip atas hingga ke bawah perut dan menirus hingga ke hujung ekor. Belida berbadan leper dan banyak tulang yang halus.

Terdapat pelbagai jenis belida. Ada belida berwarna putih, kelabu dan ada juga yang berwarna hitam dan terdapat tompok-tompok pada badannya. Ikan belida memakan cacing dan udang sungai. Belida ialah ikan yang nipis, jika dilihat dari pandangan atas dan mempunyai bahagian belakangnya yang cembung. Sirip di bahagian bawahnya bersambung dengan sirip ekor sehingga ia membentuk ekor.

Memburu belida bukanlah mudah kerana ia memerlukan kesabaran apatah lagi umpan yang diperlukan ialah udang paya hidup. Bagi Mohd Nizam Mustafa dari Rumpun Makmur, Kuala Krau, Temerloh, Pahang memancing belida adalah kegemarannya. "Biasanya saya akan memancing di Lubuk Kua Yang dekat Kuala Krau yang mempunyai pelbagai spesies ikan.

"Saya menggunakan udang paya hidup jika ingin menewaskan belida kerana umpan itu adalah kegemarannya walaupun kadang-kadang ikan lain yang meragutnya terlebih dulu," katanya. Beliau berkata, ikan belida agak kuat melawan dan pertarungan sebegini memberi kepuasan kepada pemancing. Katanya, beliau biasanya memancing pada awal pagi, iaitu seawal jam 8 pagi kerana waktu itu masih belum panas dan seseorang pemancing masih segar dan bertenaga.

"Hari itu saya terpaksa menunggu hampir dua jam barulah umpan saya dijamah dan kemudian dapat menewaskan seekor belida seberat 5 kilogram.

"Pertarungan dengan belida itu mengambil masa setengah jam dan inilah antara spesies belida terbesar yang berjaya saya tangkap sepanjang tahun ini," katanya.
TEMERLOH - Home of 'patin' and two singers
By Putri Zanina






TEMERLOH takes pride in three things – the late singer Sudirman once known as Asia's number one entertainer, current pop sensation Siti Nurhaliza and "ikan patin" or the silver catfish.
To the uninitiated, Temerloh has long been known as "Bandar Ikan Patin", a term coined by the former Culture, Arts and Tourism Minister Datuk Sabaruddin Chik to promote this little town in Pahang since the early 1990s.

The patin is the town's specialty. It is said the fish found naturally upstream of Sungai Pahang and Sungai Tembeling taste better than those elsewhere.

The unpolluted and unspoilt stretches of both rivers, especially the many "lubuk" (deep parts) teem with "etak", a kind of shellfish, and aquatic plants that form the natural diet of the patin, giving it a sweet and succulent taste.

The fish in its natural habitat is now more elusive than ever as bigger parts of the rivers become polluted. But the "cultivated" variety is easily available in Temerloh as rearing patin in "cages" or "sangkar" is one of the main economic activities of the villagers, who describe their business as "ikan patin sangkar".

Locals receive help from the State Fisheries Department which first embarked on the cultivated patin project in 1992. The project also involves breeding of other nearly-extinct freshwater fish to ensure a continuous supply in future.

Fish farms thrive in villages like Kampung Bangau Parit, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Tekal, Kampung Guai up to Lubuk Paku near Jerantut.

Patin cages are submerged to a depth of at least 3.9m in the rivers. Each cage can fit about 800 to 1,000 fish. As the fish is bred in running water, it does not have the "muddy taste" of those bred in ponds. Patin sangkar tastes almost as good as the ones found naturally in rivers.

Says patin breeder and seller Khairul Nain Abdul Razak: "It takes about six to seven months to rear the fish in cages. It can grow from 20cm to more than 100cm in length. It is sold at RM10 per kg, with price per fish ranging from RM7 to RM10.

Patin caught from its natural habitat fetches RM45 to even RM100 per kg depending on its variety. There are three variants – patin buah, patin muncung and patin juara – and all have fine texture with no scales on their body. The patin muncung is the most expensive as it is the exotic natural variety.

If you buy uncooked fish at the market or by the roadside, you can tell the different variants by looking at the colour of the fish. Abdomens with red line mean the patin is caught from the "lombong" (mines) and the fish emits a strong "muddy" flavour; this is the worse variety. Cultivated type has blackish hue on both the back and abdomen while the original variety is whitish with black patches.

Why these details about the variants? Because if you don't know them, you can easily be cheated when you go on a patin gourmet chase in Temerloh!

Stories abound about first-time customers being duped. Unscrupulous sellers put the price tag of RM80 and more for a small cooked portion of cultivated patin. So it's best to ask the price before you heap your plate with the delicacy and hence, avoid getting the shock of your life when you pay up.

Most eateries in town sell the cut and cooked patin of the cultivated variety at RM4 to RM8 per piece. For the exclusive taste of the original patin, ask the locals on which places that sell these so you'll get your RM100 a piece worth!

Try the patin cooked the traditional way – masak asam tempoyak (fermented durian) with ripe cucumber or brinjal, or masak lemak and goreng berlada (fried with chillies). Another dish is steamed patin in light soya sauce.

Liking the patin is an acquired taste and those who are hooked to it will keep coming back for more.

Now, when is the best time to visit Temerloh? Early Sunday morning when the town comes alive with locals peddling all kinds of stuff from jungle produce to remote-control toy cars.

The Sunday "Pekan Sehari" stretches for about one km along Jalan Sultan Ahmad Shah and Jalan Semantan in Lurah Semantan, fronting scenic Sungai Pahang, the longest river in Peninsular Malaysia. Trading starts as early as 6am and lasts till around 2pm.

"The Pekan Sehari attracts those from even as far as Kuala Lumpur, which is just two hours' drive away," says Norhayati Shafie, 40, who runs a restaurant in Lurah Semantan.

Besides buying fresh patin, shoppers look for ulam kampung (vegetables) like bamboo shoots (pucuk rebung), rare buah keranji and buah pamah, cendawan kayu (wild mushroom), paku merah (edible red fern), as well as local delicacies like grilled satar (mixture of ikan kerisi, coconut, onions, ginger, lemon grass, salt, sugar and chillies all wrapped in banana leaves), sayur pekasam (fermented vegetables), dried and fermented fish, steamed dodol and keropok jangek (crackers made from buffalo skin!).

There are lots of other unusual finds making the jaunt at the pasar invigorating.

"This pasar, according to my grandmother, is one of the oldest in Pahang. It has existed 30 years," says Norhayati, enthusing that much of the old character has been retained.

Sungai Pahang practically runs parallel with the pasar. Villagers from across the river take the wooden "bot penambang" (water taxi) which costs only 50 sen one way. There is a bridge not too far away linking Temerloh with other areas.

One relatively unknown place and worth a stop when you're in Temerloh, is the Gunung Senyum Recreational Forest, about 40km from town.

Standing at 1,594 feet above sea level, the mountain has 18 intriguing caves with limestone and mudstone structures, characterised by stalactites and stalagmites estimated to be 400 million years old.

Gunung Senyum and Gunung Jebak Puyoh, also in the 794 ha protected forest encompassing the Jengka Forest Reserve, are locations for the National Museum researching on artefacts found hidden in caves on both mountains, indicating human existence centuries ago.

Visitors can trek to the various caves – Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Dua, Gua Makam Tok Long and others.

"Trekking takes between two and six hours, and the trips can be tailor-made according to guest requirements," says park guide Hamaludin Abu Bakar, 40, adding that all cave excursions must be guided.

Gua Makam Tok Long has an interesting tale, says Hamaludin. Tok Long was a holy person who once caught a burung terkukur (spotted dove) with golden feathers.

His beloved bird escaped one day when Tok Long was changing its cage. While searching for it deep into the jungle, he came across orang bunian (spirits of the forest), stayed with them and eventually married the bunian princess.

After a while, he decided to return to his kampung. The princess told him he could return to his kampung on one condition, that he must never tell anyone about her.

Upon reaching his kampung, and after much "interrogation" by his family, he revealed his secret much to his folly as when he tried later to search for his bunian wife, she was nowhere to be found.

He went up a mountain, dug a hole and meditated over a long period till his death. The spot where he died was called Makam Tok Long. The grave can now be seen at Gua Makam Tok Long.

Gunung Senyum, according to Hamaludin, was named by the first Sultan of Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah, installed in 1897. Even this has an interesting story.

The Sultan was travelling on a boat by the Pahang River when his eyes were drawn to a beautiful mountain. He asked two of his bentara (personal assistants) the name of the mountain.

The two men, said to be always quarrelling with one another and seldom put on happy faces, simply smiled blankly at the Sultan as they did not know the answer. Looking at them smiling, the Sultan then decided to call the mountain Gunung Senyum (smiling mountain).

The area surrounding this mountain is such a pleasant and tranquil place. A hanging bridge over a pond linked to a river is right by the base of the mountain. Well-laid tracks lead to the many caves and jungles.

Cave exploring, rock climbing, jungle trekking and camping are the main activities at the park. There are chalets as well as a show house of the traditional Rumah Pahang built in 1907 that once belonged to Datuk Setia Amar Mohamad Yassin Stan, one of Pahang's noble men.

Just about four km from the park is Sungai Pahang brimming with its own exotic rhythm. All along it you can see village houses and, sporadically, you see sangkar patin, rumah rakit (raft houses), sampans, fruit trees and even cows.

It's easy to be charmed by all the natural attractions in Temerloh. Little else needs to be done to lure those out of town. And if you were an "anak kampung", travelling this off the beaten track to and around this picturesque place can be nostalgic.

The feeling is even more upbeat when you remember Sudirman and lately Siti Nurhaliza belting, "Balik kampung, oooo, balik kampung, hati girang..."

Monday, January 26, 2004

MELAYU RIAU


Pada abad-abad yang dulu mereka sempat mempunyai beberapa kerajaan, seperti kesultanan Bintan atau Tumasik, kandis atau kuantan, Gasib atau Siak, Kriteng atau Inderagiri, Malaka, Rokan, Siak Sri Inderapura, kampar, Pelalawan, Singingi, dan sebagainya.

Orang Melayu di Riau mi amat sedikit yang bertanam padi di sawah, karena keadaan alamnya tidak memungkinkan untuk itu, namun ada juga yang berladang. Pada masa lalu mungkin mereka lebih mengandalkan mata pencaharian mengolah sagu, mengumpulkan hasil hutan, menangkap ikan, berladang, dan berdagang. Dalam sistem perladangan tanaman yang biasa dibudidayakan antara lain padi, ubi, sayuran, dan buah-buahan. Mereka juga menanam jenis tanaman keras yang sangat tinggi harganya, yaitu karet.

Berdasarkan prinsip keturunan atau kekerabatan orang Melayu Riau menarik garis keturunan yang cenderung bilateral. Setiap keluarga inti mendiami sendiri, kecuali pasangan baru yang biasanya menumpang di rumah orang tua pihak istri sampai mereka memiliki anak. Oleh sebab itu pola menetap orang Melayu Riau dapat dikatakan neolokal. Keluarga inti yang disebut kelamin umumnya mendirikan rumah di lingkungan tempat tinggal pihak isteri.



Dahulu orang Melayu Riau hidup mengelompok menurut asal keturunan yang disebut suku yang sifatnya patrilineal. Akan tetapi mereka yang bermukim dekat wilayah kebudayaan Minangkabau membentuk suku yang matrilineal, dan ada yang menyebutnya hinduk (induk atau cikal bakal). Setiap suku dipimpin oleh seorang penghulu. Kalau suku itu bermukim di sebuah kampung, maka penghulu akan langsung menjadi datuk penghulu kampung (kepala kampung). Setiap penghulu dibantu oleh beberapa tokoh adat, seperti, batin, jernang, tua-tua, dan monti. Sedangkan di bidang kcagamaan dipimpin oleh imam dan khotib.

Bentuk kesenian orang Melayu Riau kebanyakan bernafaskan budaya Islam. Di sini berkembang seni sastra keagamaan yang dinyanyikan dengan iringan musik rebana, berdah, kerompang, atau kompang, dan sebagainya. Di dalam masyarakat pernah terkenal bentuk-bentuk teater rakyat, seperti makyong, dul muluk, mendu, dan lain-lain. Musik Melayu dianggap sebagai dasar dan perkembangan musik dangdut yang popular sekarang.




Sejarah Riau

Mengenai asal nama riau ada beberapa penafsiran. Pertama toponomi riau berasal dari penamaan orang Portugis dengan kata rio yang berarti sungai. Kedua mungkin berasal dari tokoh Sinbad al-Bahar dalam kitab Alfu Laila Wa Laila (Seribu Satu Malam) yang menyebut riahi, yang berarti air atau laut. dan yang ketiga berasal dari penuturan masyarakat setempat, diangkat dari kata rioh atau riuh, yang berarti ramai, hiruk pikuk orang bekerja.
Berdasarkan beberapa keterangan di atas maka nama riau besar kemungkinan memang berasal dari penamaan rakyat setempat, yaitu orang Melayu yang hidup di daerah Bintan. Nama itu besar kemungkinan telah mulai terkenal semenjak Raja Kecik memindahkan pusat kerajaan Melayu dari Johor ke Ulu Riau pada tahun 1719. Setelah itu nama ini dipakai sebagai salah satu negeri dari 4 negeri utama yang membentuk kerajaan Riau, Lingga,Johor dan Pahang.
Kemudian dengan Perjanjian London (1824) antara Belanda dengan Inggris, kerajaan ini terbelah dua. Belahan Johor - Pahang berada di bawah pengaruh Inggris, sedangkan belahan Riau - Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Dalam zaman penjajahan Belanda 1905 - 1942 nama riau dipakai untuk nama sebuah keresidenan, yang daerahnya meliputi Kepulauan Riau serta pesisir Timur Sumatera bagian tengah.
Setelah Propinsi Riau terbentuk tahun 1958, maka nama itu disamping dipergunakan untuk nama sebuah kabupaten, dipergunakan pula untuk nama sebuah propinsi yang penduduknya dewasa itu sebagian besar terdiri dari orang Melayu.
Kerajaan Melayu yang pernah berdiri di rantau ini, antara lain adalah :

Kerajaan Inderagiri (1658-1838)
Kerajaan Siak (1723-1858)
Kerajaan Pelalawan (1530-1879)
Kerajaan Riau-Lingga (1824-1913)
Kerajaan kecil lainnya, seperti Tambusai, Rantau Binuang Sakti, Rambah, Kampar dan Kandis (Rantau Kuantan).
ISTILAH MELAYU

Kata Melayu berasal dari kata "Mala" dan "Yu". Mala artinya mula atau permulaan, sedangkan Yu artinya negeri. Melayu artinya negeri yang mula-mula ada. Pendapat ini sesuai dengan perkembangan bangsa Melayu dari daratan Asia Tenggara, pada kira-kira tahun 2000 SM dan 1500 SM yang menyebar ke seluruh Indonesia. Pendapat lain mengatakan, bangsa Melayu berasal dari kata "layu" yang artinya rendah. Maksudnya bangsa Melayu itu rendah hati sangat hormat kepada pemimpinnya. Istilah Melayu ini dipergunakan untuk menamakan sebuah Kemaharajaan Melayu dan Kerajaan Melayu Riau. Perkataan Melayu juga dipakai menamakan rakyat pendukung kerajaan-kerajaan tersebut sehingga terkenal sebagai suku Melayu dengan bahasa yang dipergunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini pada masa dahulu menjadi "Lingua Franca" di kawasan Asia Tenggara ini

Sunday, January 25, 2004

INDIVIDU-INDIVIDU CONTOH KITO

Kadang Kadang terpiker,
Kito ni kurang ade contoh contoh
yang kito bule cerito,
bole soboik, bule war war,

Bukan tak ade, tapi kito
tak cari, tak usoho,
dan kalau tak usoho
tentu kito tak dapek menikmati madunyo....

Kito kono ado projek khusus
untuk merekokkan sejarah
urang urang silam yang bejaso
dalam masyarakat urang kito

kalau kito tak soboik
urang lain lagi lah lak nyo...

ado yang nak sambuik seruan ini?

jadi kalau ado cadangan
hantarkan ke abr@sepakat.com.my
SYARIKATUL KHAIRIAH

Kito mulokan cerito ini dengan mengingati
arwa arwa yang tola pegi kerahmatullah
dan menyedokkahkan Fatihah. Cerito ini didapatkan dari amak,
Halijah binti Tasir, dan amak mertuo, Labibah binti Abdul Ghafar
pada cuti rayo cino baru baru ini (23hb. Jan 2004)

Eloklah kito mulo dengan menceritokan tontang
syarikatul khairiah. Ini ponting kerano
ianyo merupokan satu satu usoho yang ponting
yang telah dijayokan oleh masyarakat kito.

Tahukah kelian sekolah
menengah agama yang terdiri di tongah tongah
kampong kito ini, macam mano ase usol nyo.

Syarikatul Khairiah adolah namo yang
di pile oleh pengasas sekolah atau institusi
pendidekan yang telah banyak bejaso
kepado masyarakat Bandar Temolo khusus nyo
dan Pahang am nyo.

Sekola ini telah di dirikan oleh urang urang kito
yan antaro yang disebuik sebagai pengasas nyo
iola Tuan Hj Sidin (datuk Poik dan Bus),
Tuan Haji Abdullah (datuk Sepul dan Adek), Taib bin Abdullah,
(datuk Awal) Haji Aripin (Ayah Din azhar restaurant),
dan tuan guru Hj. Ahmad ( ayah Oncu Bi'ah).

Nak jadi ceritonyo, Abang kepado isteri Hj. Sidin
(wan pokan) yang bernamo Mualim Derapar, prona
menjadi Nazir sekolah agama diNegeri Sembilan.
Dikatokan yang inyo telah balik kePokan dan pada maso itu
tidak mempunyai pekerjaan.

Jadi, saurang pemuda kampung ini telah dihantau hilir
kePokan untuk memujuk dan menjompuik Tuan Guru ini
untuk menjadi Guru Bosau yang kebetulan nyo kosong.
Pemudo ini, tak lain tak bukan ialah Ramli bin Taib.
Perjalanan kePokan mengambik maso duo hari satu malam,
kalau kito mengilir maso itu.

Mualim Derapar, atau namo gelaran Tok Bak, datang keTemolo
meninggalkan anak anak nyo diPokan, dan menjadi guru bosau sekolah
agama raayat ini. Dio tingge di Ruma abah (tinggalan tok Taib,)
yang di beno pado tahun 1938. Satelah mualim menapak, beliau
telah memosan kepado keluargo inyo supoyo datang keTemolo.

Isteri dan anak anak beliau mudek dari Pokan dengan
dengan bot yang diusahokan oleh keluargo sayed dari conoh,
Perjalanan mudek dari conoh ketemolo mengambek maso
tigo hari duo malam. Bot ini longkap dengan jamban, tapi kalau
nak buang air, urangt akan nampak kito menoran dan
apo yang dibuang tu jatoh toruih kesungai.
Makan jugo disediokan dalam perjalanan, Kato amak
nasi dengan lauk ikan singgang disediokan.

Ole kerano mualim tentu agak sibuk dengan sekola, dia telah
meminto dua urang pemudo untuk pergi kepenambang
di pokan sari Temolo untuk menjompuik isteri dan anak anak nyo.
Pemudo pemudo itu iolah, Idris bi Hassan dan Abdul Ghani.

Keduo pemudo itu, satelah melihat yang ustad mempunyai ramai
anak perempuan, terus nya menyimpan hati dan berpakat diam diam untuk menando sorang satu anak perempuan ustad yang baru sampai dari Pokan.

Idris menando, Azizah, sementaro Abdul Ghani menando Labibah.
Tando ini akhir nya menjadi kenyataan kerano mereka beberapa tahun kemudian melangsungkan perkahwinan yang berkekalan hingga akhir hayat mereka. Ibu Azizah dan Labibah masih sihat walaupun keduo suami mereko telah kembali kerahmatullah.

Ramli, ayah saya walaupun serumah dengan mualim dan anak anak nya
yang lain, saperti Napisah, Ne, walaupun pernah menjadi buah mulut orang, tetapi satelah balek dari tahanan memperisterikan Halijah binti Tasir, juga cucu kepada salah seorangt dari pengasas, syarikatul
khairiah.

Walaubagaimana pun Anak sulung Ramli, Awalludin, telah
mendapat jodohnya dengan cucu mualim derapar (Nadzrah Abdul Ghani).

Antaro yang lain yang peronah menjadi gurunyo ialah Ustaz Mokhtar dari buntuik Pulau. Keris MAS saorang penulis terkenal juga pernah mengajar di sekolah ini.

Sekolah ini pronah ditukar namo nya kepado Madrasarul Khariah dan
semasa Tun Razak menjadi Menteri pelajaran, masyarakat disini telah menyorahkan nyo kekementerian pelajaran untuk memodenkan dan menguruskan nyo dengan lobeh baik.Sejak itu ia lebih dikenali dengan namo Sekolah Menengah Agama AlKhairiah.

DEMI MASO
SESUNGGOH NYO MANUSIO INI BONAU BONAU DALAM KERUGIAN
KECUALI MEREKO MEROKO YANG BERIMAN DAN MENGEROJOKAN AMAL SOLEH
DAN NASIHAT MENASIHATI ANTARO MEREKO
NASIHAT MENASIHATI SUPAYO MENTAATI KEBENARAN
DAN NASIHAT MENASIHATI DENGAN KESARARAN.

Saturday, January 24, 2004

KALAU Kito Dudok dengan amak

Lope itu kito tanyo,
dan amak mau cerito,
dan cerito itu kito tuli
supayo urang lain dapek baco
kan elok..

Kalau tak di tuli isok
inyo ilang gitu ajo
tak obe dek urang
ilang ajo dimakan zaman...


Monday, January 19, 2004

Petekan dari:
  • http://www.kampar.go.id/daerah.php?go=geo


  • Gambaran Umum
    Kabupaten Kampar letaknya sangat strategis karena merupakan jalur utama yang menghubungkan Riau dengan Sumatera Barat. Secara geografis Kabupaten Kampar berada pada posisi 01°00'40" LU dan 00°27'00" LS, 100°28'30" BT - 101°14'30" BT dengan batas-batas sebagai berikut :

    Sebelah Utara berbatasan dengan Kota Pekanbaru dan Kabupaten Rokan Hilir.
    Sebelah Selatan berbatasan dengan Kabupaten Kauantan Singingi.
    Sebelah Barat berbatasan dengan Kabupaten Rokan Hulu dan Propinsi Sumatera Barat.
    Sebelah Timur berbatasan dengan Kabupaten Pelalawan dan Kabupaten Siak.
    Luas Wilayah Kabupaten Kampar ±6.591,07 km2 atau 12,38% dari luas wilayah Propinsi Riau.


    Perhubungan Sungai
    Kabupaten Kampar memiliki empat jaringan sungai utama yaitu :

    Sungai Kampar Kanan
    Sungai Kampar Kiri
    Sungai Tapung Kanan
    Sungai Tapung Kiri
    dan ratusan anak sungai
    Diantara keempat sungai tersebut Sungai Kampar merupakan sungai yang terpanjang dengan panjang ±413,5 dengan kedalaman rata-rata 7,7 m dan lebar rata-rata 143 m. Sungai Kampar melintasi beberapa kecamatan yaitu Kecamatan XIII Koto Kampar, Bangkinang Barat, Bangkinang, Kampar dan Siak Hulu. Sungai ini berfungsi sebagai sarana perhubungan, sumber air bersih, budi daya ikan dan sebagai Sumber Energi Listrik (PLTA Koto Panjang).


    Perhubungan Darat
    Sebagai urat nadi transportasi perhubungan darat, jalan di Kabupaten Kampar memiliki peran yang sangat strategis, terutama dalam peningkatan perekonomian dan pengembangan wilayah. Pada tahun 2002 tercatat panjang jalan di Kabupaten Kampar sekitar 1.855,380 Km, ini merupakan jalan dengan status jalan kabupaten dan belum termasuk jalan propinsi dan jalan lokal/desa. Strategi pengembangan sektor transportasi dan perhubungan dititik beratkan kepada pengembangan jalur jalur strategis yang menghubungkan pusat pusat pertumbuhan, pusat industri, dan kawasan strategis lainnya, dengan pola jaringan jalan sebagai berikut :

    Jalur tengah, (Riau - Sumbar)
    Jalur utara, (Rohul & Dumai)
    Jalur selatan (Lintas sumatra)
    Jalur timur (Lintas Timur)
    Jaring jalan Kabupaten
    Jaring jalan desa /lokal


    Perhubungan Udara
    Transportasi udara di Kabupaten Kampar sampai saat ini masih merupakan sebuah wacana dan belum merupakan sebuah kebutuhan yang mendesak, hal ini dapat dipahami mengingat pelabuhan udara Sultan Syarif Kasim lokasinya relatif dekat dengan kota Bangkinang dan dapat dijangkau dengan mudah .

    Namun demikian, keberadaan Bandara Sultan Syarif Kasim di Pekanbaru terancam akibat perkembangan dan pertumbuhan kota yang sedemikian pesat, untuk alasan keamanan kelak pemerintah akan memindahkan lokasi bandara tersebut ke kawasan lain yang jauh dari pemukiman. Dan ini adalah peluang bagi Pemerintah Kabupaten Kampar untuk memiliki pelabuhan udara, karena kawasan disekitar perbatasan kota Pekanbaru - Kabupaten Kampar sangat potensial untuk itu.

    Thursday, January 15, 2004

    KHUTBAH MASJID NEGARA
    KUALA LUMPUR

    Tarikh Khutbah : 19/02/1999
    Tajuk : DADAH DAN ARAK MENGANCAM KESELAMATAN UMMAH

    Isi Khutbah :
    Kaum Muslimin yang berbahagia,

    Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, agar hidup kita mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Ketaqwaan dan keimanan kpada Allah S.W.T adalah merupakan dua perkara penting yang menjamin penduduk sesebuah negeri atau kawasan memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T seperti firman-Nya yang bermaksud:

    " Dan sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami (Allah) bukakan pintu-pintu keberkatan kepada merka sama ada dari langit ataupun bumi. (Surah al-A'raaf: ayat 96) "

    Kita tidak menafikan sebahagian dari pintu-pintu keberkatan itu telah terbuka untuk kita. Misalnya kita dapat menjalankan tugas dan kerja-kerja seharian kita dengan baik di samping dapat kita melaksanakan amalan-amalan yang difardhukan dngan sempurna tanpa sebarang gangguan dan halangan.

    Walaupun begitu kalau diperhatikan dengan teliti masih banyak lagi perkara-perkara yang menyayat hati terus berlaku dalam masyarakat kita, baik di bandar mahupun di desa yang terpencil. Kita sering mendengar kes bayi dibuang hidup-hidup tanpa belas kasihan oleh ibu yang melahirkannya. Kita juga sering mendengar kes penderaan kanak-kanak, sumbang mahram, lepak, ponteng sekolah dan masalah disiplin di kalangan pelajar dan yang lebih menggerunkan lagi ialah masalah penagihan dadah di kalangan anak-anak muda, khususnya anak-anak muda Melayu yang beragama Islam.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh agensi Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 10 tahun yakni dari tahun 1988 hingga 1997, sebanyak 143,860 orang penduduk di negara ini telah disahkan menjadi penagih dadah. Sebilangan besar dari jumlah tersebut adalah orang-orang Melayu, yakni kira-kira 63%. Sedangkan semua ulama' telah sepakat bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram di sisi Islam, bahkan al-Imam Ibnu Taimiyah pernah menegaskan sesiapa yang mengatakan dadah itu halal, maka orang itu menjadi murtad. Na'uzubillahi Min Zaalik.

    Para ulama' juga telah membuat kesimpulan bahawa semua jenis dadah termasuk dalam pengertian arak atau khamar kerana kedua-duanya boleh memabukkan, mengkhayalkan, meletih-lesukan dan menghilangkan fungsi akal serta boleh menyebabkan ketagihan, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.

    Para ulama' mengharamkan penyalahgunaan dadah di antaranya kerana berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    " Wahai orang-orang yang beriman! sesungguhnya khamar (arak ataupun dadah), berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan kotor yang terdiri dari amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu supaya kamu memperoleh kejayaan. (Surah al-Maidah:90)"

    Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak ataupun dadah) dan setiap khamar itu adalah haram. (Riwayat Muslim). "

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Ketahuilah! apabila seseorang itu menjadi penagih dadah atau arak, akidahnya boleh menjadi rosak seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Penagih khamar (arak ataupun dadah) sama seperti penyembah berhala. (Riwayar Ahmad dan Ibnu Majah) "

    Menurut Imam Syaukani dalam Nailul Autor, hadith tersebut merupakan ancaman keras kerana penyembah berhala adalah suatu kekufuran yang berat. Jadi menyamakan penagih khamar yakni (arak ataupun dadah) dengan menyembah berhala menunjukkan betapa keras larangan-Nya bagi orang-orang yang mempunyai perasaan atau pendengaran sedangkan ia mengetahuinya.

    Amalan penagih dadah atau arak juga tidak diterima oleh Allah S.W.T selama 40 hari, kecuali dia bertaubat dengan memenuhi syarat-syarat taubat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Barangsiapa yang meminum arak (atau menagih dadah) tidak diterima solatnya oleh Allah selama 40 hari, jika dia bertaubat Allah akan menerima taubat-Nya. "

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Sesungguhnya masih banyak lagi kesan-kesan buruk yang bakal dialami oleh penagih dadah. Kesihatannya sentiasa terganggu. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang tidak terperi pedihnya, boleh menyebabkan berlakunya kematian mengejut akibat dos (sukatan dadah yang diambil) berlebihan, boleh menyebabkan gangguan spikologi, boleh memusnahkan keharmonian keluarga dan seterusnya boleh melumpuhkan ekonomi dan mengancam keselamatan negara.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Di antara punca utama berlakunya penagihan dadah di kalangan anak-anak muda kita ialah kerana pengaruh kawan yakni sebanyak 48 peratus, perasaan ingin tahu 29 peratus, untuk keseronokkan 16 peratus dan kerana tekanan jiwa sebanyak 5 peratus.

    faktor-faktor ini semua boleh diatasi sekiranya anak-anak muda kita mempunyai jatidiri atau ketahanan diri yang kuat yang mampu mengatakan tidak kepada apa juga pengaruh luar yang menggoda untuk menjerumuskan diri mereka kepada penagihan dadah yang tidak mengenal dan memilih mangsanya.

    Semua pihak khususnya orang-orang berpengaruh dalam masyarakat seperti alim ulama', pemimpin politik, pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin belia bahkan ibu bapa sendiri adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan anak-anak atau para belia yang mempunyai daya tahan diri yang kental dan kebal dari sebarang bentuk ancaman dadah dan angkara mungkar yang lain. Sebenarlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Setiap kamu adalah pemerintah dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang (pemimpin) adalah pemerintah dan akan ditanya dari apa hal yang diperintahkan kepadanya. Seorang suami adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya dan kesimpulannya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang kamu pimpinkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) "

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri kita, sejauh manakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita untuk menjaga orang-orang di bawah jagaan kita agar terselamat dari angkara dadah dan gejala-gejala mungkar yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

    Masalah ini ialah; Pertama, pastikan anak-anak kita menunaikan ibadat solatnya dengan sempurna kerana solat yang sempurna boleh menjamin pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang mungkar dan keji seperti firman Allah S.W.T:

    " Dirikanlah solat (kerana) sesungguhnya solat (yang sempurna itu) boleh mencegah (pelakunya) dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar. (Surah al- Ankabut:45)"

    Kedua, hidupkanlah dan semarakkanlah adab memberi salam kerana ini boleh menimbulkan kasih sayang dan persefahaman di kalangan masyarakat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Kamu sekali-kali tidak dapat masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu sekali-kali tidak beriman (dengan sempurna) sehingga kamu berkasih sayang di antara kamu. "

    Ketiga, wujudkanlah suasana amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian agar anak-anak muda merasa segan untuk melakukan perkara-perkara mungkar termasuk menggunakan dadah dan arak. firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    " Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang-orang yang beruntung.(Surah Ali Imran:104) "

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    " Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyeru yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah:71) "

    Keempat, fahamilah kedudukan masalah dadah dan arak serta kaitannya dengan Islam termasuk kesan-kesan serta akibat dari penagihannya. Kemudian sampaikanlah pula maklumat tersebut kepada semua lapisan masyarakat, khususnya anak-anak muda kita agar mereka terselamat dari dadah.

    Akhirnya marilah kita sama-sama berganding bahu mengatasi masalah dadah dan arak ini dari berterusan membaham anak-anak bangsa kita. Ikutilah perintah Allah dan jauhilah pula larangan-Nya dalam segenap lapisan hidup agar kita sentiasa selamat dan mendapat kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Dan janganlah sekali-kali mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kita lantaran perkara-perkara maksiat yang kita lakukan.

    Delivered by: Ustaz Pirdaus b. Hj. Ismail
    Date: 19 Februari 1999
    dari www.pikiran-rakyat.com

    Kursi Kekuasaan di Mata Nasruddin & Bahlul
    JANGAN berikan tampuk kepemimpinan kepada orang yang menginginkannya. Itu sabda Nabi Muhammad saw. Artinya, bukan melarang orang menjadi pemimpin. Bahkan di dalam ajaran Islam, kehadiran pemimpin itu wajib adanya. Akan tetapi, jika seseorang menampakkan ambisi ingin menjadi pemimpin, harus dilihat-lihat dulu. Mengapa begitu ambisius? Mungkin karena punya anggapan bahwa menjadi pemimpin itu akan kaya raya, mendapat berbagai fasilitas menggiurkan. Dihormati orang. Dengan menjadi pemimpin terbuka peluang untuk meningkatkan taraf hidup diri, anak istri, sanak kerabat, dan kroni-kroninya.

    Dengan demikian, bagi orang yang memegang teguh amanat Rasulullah saw., di atas, tampuk kepemimpinan ibarat bara api di atas telapak tangan, panas, menghanguskan. Pantaslah ketika Umar bin Abdul Aziz ditunjuk menjadi khalifah menggantikan Sulaiman, langsung mengucapka n, "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un."

    Bagi Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah Bani Umayyah yang terkenal adil dan jujur, takhta kerajaan dianggap musibah. Dianggap kabar buruk yang harus disambut dengan ucapan menyambut kematian.

    Akan tetapi, zaman telah berubah. Sunnah Rasulullah saw., telah lama disingkirkan dari derap kehidupan sehari-hari. Kepemimpinan bukan tidak lagi bernuansa kematian, malah mungkin semacam gula-gula menggiurkan.

    Sekarang, ambisi menjadi pemimpin tidak lagi ditutup-tutupi, bahkan dibuka lebar-lebar. Siapa pun boleh menyatakan ingin menjadi presiden, gubernur, wali kota, bupati, dan seterusnya. Pemimpin zaman sekarang diperoleh dari pencalonan, bukan didesak, diseret, serta dipaksa seperti zaman Nabi saw., dan zaman Umar bin Abdul Aziz dulu. Seorang yang terpilih tidak mengucapkan innalillahi, melainkan sorak kemenangan diikuti pesta-pora, istilahnya syukuran. Karena kepemimpinan sekarang dianggap nikmat, anugerah, berkah, dan prestasi gemilang, bukan lagi musibah yang membebani.

    Soal mampu atau tidak mampu, bagaimana nanti saja. Toh, tidak pernah ada penilaian otentik mengenai hal itu. Pendapat Bahlul, seorang tokoh tolol dan idiot di dunia sufi, barangkali dapat dipakai perbandingan, "Bahlul, kabarnya engkau mencalonkan diri sebagai Gubernur Khurasan?" tanya seorang kepada Bahlul.

    "Betul sekali," jawab Bahlul kalem.

    "Apa engkau punya keahlian?"

    "Tidak, tetapi sering orang yang tak punya keahlian apa-apa, terpilih menjadi pemimpin. Termasuk menjadi gubernur."

    "Tujuan menjadi gubernur apa?" kawan itu mendesak.

    "Jawaban saya untuk itu ada dua macam. Jawaban hati dan jawaban mulut. Mana yang kau inginkan?"

    "Jawaban hati."

    "Ingin dapat gaji besar, fasilitas cukup, dan penghormatan dari orang-orang."

    "Kalau jawaban mulut?"

    "Ingin membela rakyat, memajukan daerah, dan lainnya yang biasanya tak pernah terbukti."

    "Jika berhasil menduduk i jabatan gubernur, engkau punya kewajiban yang harus dipertanggungjawabkan."

    "Tak pernah ada gubernur selama ini, dimintai tanggung jawab kemudian dihukum karena tidak mampu menjalankan kewajibannya. Enteng kerjanya, tetapi mahal upahnya."

    Malik bin Dinar, seorang tokoh sufi abad 8 M (wafat tahun 748), berhasrat menjadi pengurus Masjid Raya Umawi di Kota Damaskus. Maklum, pengurus masjid kebanggaan Bani Umayyah itu, mendapat fasilitas hebat. Sekaligus menjadi inner circle kepercayaan khalifah dalam berbagai urusan.

    Agar mendapat perhatian, Malik bin Dinar memgambil tempat di pojok depan. Tekun beribadah di situ. Siang malam tiada henti.

    "Jika orang-orang mengetahui aku rajin salat, tentu mereka akan merekomendasikanku kepada khalifah untuk diangkat menjadi pengurus masjid," begitu pikir Malik bin Dinar.

    Waktu berlalu. Hari, minggu, dan bulan, Malik bin Dinar semakin menampakkan kesalehan. Akan tetapi, jika jemaah masjid sudah sepi, ia tidur nyenyak atau keluyuran ke tempat-tempat keramaian.

    Setahun sudah, tak ada sedikit pun perhatian orang. Malik bin Dinar kesal, kemudian sadar.

    "Mengapa aku mengorbankan usia dan tenaga dalam beribadah hanya untuk sebuah kedudukan? Mengapa aku tidak beribadah hanya untuk Allah SWT., semata, Zat Pemberi Karunia Nikmat untuk segenap makhluk-Nya?"

    Malam itu, mulailah Malik bin Dinar salat dengan tulus ihlas. Menghadapkan jiwa dan raganya kepada Allah SWT.

    Pagi hari, orang-orang ribut menyaksikan dinding masjid retak-retak.

    "Kita perlu mengangkat petugas untuk mengawasi kondisi masjid," kata mereka.

    "Orang yang suka salat di pojok depan, kiranya cocok untuk memangku jabatan itu," beberapa orang mengusulkan.

    Dua puluh pemuka Damaskus segera mendatangi Malik bin Dinar di pojok. Meminta kesediaannya menjadi pengawas masjid.

    "Ya Allah!" Malik bin Dinar tersedu sambil bersujud. "Setahun aku beribadah demi sebuah kedudukan, tak ada seorang manusia pun datang memperhatikan. Akan tetapi, baru sekali saja aku salat demi kesucian dan keagungan-Mu, 20 orang beramai-ramai datang ingin mengangkatku ke kedudukan yang dulu kuidam-idamkan. Tidak, aku tidak akan menerima tawaran itu. Rahmat karunia dan ampunan-Mu telah amat cukup bagi hidup dan kehidupanku kini dan nanti."

    Ibrahim bin Adham juga seorang tokoh sufi abad VIII, melakukan perjalanan jauh. Seorang pemuda bermaksud mengikutinya.

    "Baiklah," jawab Ibrahim bin Adham. "Akan tetapi, kita harus menentukan dulu siapa pemimpin dan siapa yang dipimpin."

    "Anda, ya Syaikh yang patut menjadi pemimpin," pemuda itu merendahkan diri.

    "Sebagai orang yang dipimpin, engkau harus taat kepada pemimpin," Ibrahim bin Adham berpesan dan si pemuda menyetujui.

    Di tengah perjalanan mereka istirahat. Ibrahim bin Adham segera memasang tenda untuk berteduh, kemudian menyiapkan air minum dan makanan.

    "Wahai Syeikh, Anda pemimpin. Tinggallah di sana. Biar s aya yang melayani Anda," si pemuda mencoba menahan langkah Ibrahim.

    "Tidak, seorang pemimpin punya kewajiban untuk melayani orang yang dipimpinnya. Engkau harus patuh kepadaku, sebagaimana janjimu tadi," Ibrahim bin Adham memperingatkan.

    Selesai istirahat, mereka siap meneruskan perjalanan. Si pemuda meminta tukar kedudukan.

    "Biarlah saya sekarang menjadi pemimpin agar dapat melayani orang yang dipimpin," pintanya.

    "Baiklah," jawab Ibrahim.

    Ketika beristirahat lagi, Ibrahim mendahului memasang tenda, mengambil air, dan menyalakan api untuk memasak.

    "Wahai Syaikh, sayalah sekarang pemimpin, maka saya yang patut melayani Anda," seru Si Pemuda.

    "Sebagai orang yang dipimpin, saya wajib memuliakan orang yang memimpin dengan cara memberikan pelayanan yang prima," tukas Ibrahim.

    Ketika menjadi pemimpin, mampukah kita bertindak seperti Ibrahim bin Adham? Ketika menjadi pemimpin, patutkah kita mendapat pelayanan dan penghormatan prima d ari orang yang dipimpin? Orang-orang memuliakan pemimpinnya jika mereka mendapat timbal balik yang setimpal. Jika orang-orang yang kita pimpin senantiasa menjadi objek pemerasan, terabaikan hak-haknya, tertindas, dan teraniaya, hanya dibutuhkan suara dan dukungannya, patutkah kita mendapat penghormatan dari mereka?

    Sayyidina Ali bin Abi Thalib ketika menjabat Khalifah didatangi seorang penduduk.

    "Ali," kata penduduk itu dengan suara keras. "Zaman pemerintahan Abu Bakar, Umar, dan Utsman, keadaan tenang dan aman. Tidak kacau seperti zaman pemerintahanmu sekarang. Bagaimana ini?"

    "Engkau harus tahu," jawab Khalifah Ali tenang. "Pada zaman Abu Bakar, Umar, dan Utsman, rakyatnya semua seperti aku, beradab, dan berbudi pekerti halus. Pada zaman aku memerintah sekarang, rakyatnya semua seperti engkau, kasar dan biadab."

    Jika menjadi pemimpin, dapatkah kita meniru keberanian Sayyidina Ali, menunjukkan kelemahan sikap dan sifat rakyat yang dipimpinnya atau akan bungkam seribu bahasa tatkala digugat seperti itu, mengingat kondisi kita sama-sama kasar dan biadab, mudah naik darah, suka menganiaya, pandai bersilat lidah, menutup-nutupi kesalahan dan malas mencari kebenaran, sok kuasa, serta rela mengorbankan darah dan aspirasi rakyat demi kelanggengan kekuasaan?

    Padahal, duduk di tampuk kekuasaan sangat tidak enak. Ini dialami Nasruddin Hoja, tokoh humor di dunia sufi. Suatu hari, ia masuk ke ruang istana. Ketika ia melihat kursi tempat duduk raja sedang kosong, timbul niatnya untuk mencoba. Ia ingin merasakan keempukan tilam tahta raja perkasa.

    Baru saja pantat Nasrudin menyentuh bibir kursi, pengawal istana berdatangan. Nasruddin digusur, digebuki, ditendang, dan diusir ke luar gerbang.

    "Astagfirullah, masya Allah!" Nasruddin geleng-geleng kepala. "Betapa tidak enaknya duduk di kursi raja. Baru sedetik saja, badan sudah remuk redam begini. Bagaimana nasib mereka-mereka yang ingin duduk di situ bertahun-tahun, ba hkan seumur hidup? Mungkin lebih parah dari aku sekarang." (H. Usep Romli H.M.)***

    Sunday, January 11, 2004

    $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

    Penubuhan PENGASIH Pahang

    Ateh dayo usoho ,
    inshaallah tak lamo lagi
    akan terbontok lah Pusat Khidmat Komuniti
    di sabuah bangunan yang disewo, di tingkat duo
    di Jalan Sudirman, bertentangan dongan THE STORE
    berhampiran Terminal Bus Express di Temerloh

    Usaho ini telah lamo dirancang, sejak dari tahun 2000
    dan pelbagai usaho telah di ambik untuk menyediokan nyo.

    Usaho ini bertujuan untuk
    meringankan boban masyarakat mengatasi
    permasaalahan penyalahgunoan dadah.
    Ianyo juga bertujuan untuk mengubah persepsi
    masyarakat dengan pendekatan kasih sayang
    terhadap mereka mereka yang kecungdang oleh wabak dadah.
    Dengan usaha ini diharapkan dapek membontok
    komuniti yang bersama sama
    peka dan prihatin
    terhadap permasaalahan ini.
    Ini juga selari dengan hasrat kerajaan
    yang telah menotapkan tahun 2015
    sebagai DRUG FREE MALAYSIA
    Ini juga mengambik kesompatan tahun 2003
    sebagai TAHUN PERANGI DADAH HABIS HABISAN

    Langkah pertamo iolah melongkapkan Pusat ini,
    dalam bontuk sebuah Pejabat Operasi
    yang longkap sebagai pusek jagaan harian
    pusat maklumat, khidmat nasihat dan sokong bantu (support group)
    untuk mereka mereko dan keluargo yang bermasaalah ini.

    SEGALA BONTOK SUMBANGAN UNTUK MENJAYOKAN
    PROJEK INI SANGAT SANGAT DIALUKAN.Sumbangan buleh dibuek
    dengan mengubungi Ketuo Cawangan UMNO Kualo Semantan Barat
    H/p 012-3292848



    Bantu kami untuk bantu mereka
    $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
    Ramai urang awak meniago


    Memang itu, memang, itu kojo urang awak,
    meniago, macam macam meniago,
    ado yang bekodai, ado yang kepokan sari,
    ado yang bukak kilang, ado yang bukak sekolah,
    ado yang secaro kenek, ado restoran,
    ado baiki mesen, jue mesen, kodai runcit,
    ado buet langsir, dan ropol
    ado yang dah sampai ke Sudan
    ado buek pilem, ado pelakon dan penyanyi,
    ado yang meniago kapal
    yang pokoknyo
    kelian menjadi bos sendiri.

    Tapi kali ini ocu nak tuli tentang meniago,
    sebab di pangke tahun ni
    selalunyo kito mengabik azam baru
    nak bontok perangai baru,
    iktizam baru, resolusion baru

    somo urang nak bisnes inyo bekombang
    tapi ado yang bejayo
    ado yang tidak

    jadi kali ini cerito ocu adolah berikuik,
    kedopan kito dengan langkah langkah baru ini
    semoga lobel sukses
    lobeh banyak duik
    lobeh banyak amal
    lobeh bosau nilai diri

    1. Ingat yang hujung nya ialah kesenangan
    Kebanyakkan urang hanyo mengambik usha meniago
    inyo sebagai perjalanan dalam pencarian,
    Urang urang ini tidak beronti bilo ado
    masaalah dan putuih aso,
    mereko beronti sejonak, pikir yang terbaik
    dan TORUIH BUEK.
    Kebulehan dan mudah mengatasi ritangan,
    tak kiro apo, akan menambah konfiden
    dan kekuatan diri untuk berjayo.

    2. Buek matlamat jangko pendek yang tertontu
    Perubahan belaku dengan begitu copek
    sehinggo matlamat jangko panjang kito
    sentiaso kono repair, kono baiki, kono adjust.
    Di samping itu kito tau apo yang menjadi, apo tidak.
    Pocahkan yang jangko panjang itu
    kepado yang lobeh kecik kecik.
    Misalan nyo nak buek buku,
    mulo dengan membuek artikel pendek pendek
    mengenai bondo yang nak di tuli itu.

    3. Sediokan senarai apo nak buek isok setiap malam
    Maltamat jangko panjang hanyo buleh
    menjadi jiko kelian pecahkan kepado yang lobih kecik,
    apo kelian nak buek bisok,
    ini kelian tulis dalam buku kecik kelian
    Jangan kelian gagalkan diri kelian dengan menuli terlapau banyak
    tuli yang semampu di buek
    Pocahkan kojo kojo kepado tugasan tugasan kecik
    dan senaraikan mengikuik keutamaan dan pontingnyo.,

    4. Tentukan keutamaan senarai apo nak buek
    apo yang paling ponting
    apo yang kurang dari senarai kelian ini,
    macam mano somo ini akan mendokekkan kelian ke matlamat kelian
    mungkin bukan somo yang selosai
    sambong ke bisok, tak aponyo..
    bisok senarai baru pulo.


    5. Siapkan kojo kojo satu persatu mengikuik keutamaan
    Bilo kelian tengok senarai kelian
    tentukan apo yang prolu kono buek
    Tandokan apo yang dah selosai
    Dan setiap yang selossai itu kejayaan sebonaunyo
    dan toroih kedopan.

    6. Buek Penilaian dan belajau dari apo yang dilakukan
    Ucapkan tahniah pado diri sendiri ateh pencapaian kelian,
    lopehkan apo yang tak tercapai.
    Apo kelian pelajari,
    apo yang patuik dibuek setoruihnyo
    buek senarai apo kono buek setoruihnyo
    dan buek semulo keutamaan.

    7. Jangan buek kojo sorang
    Bilo bisnes kelian bekombang,
    banyak bondo yang reulang, boleh di buek dek urang lain.
    Jangan buek kojo sensurang,
    Senaraikan apo yang berulang ini,
    Delegate dokek urang lain.
    Gajikan urang, supayo kelian bule tumpu untuk mengombang business
    Kelian bole juga berkongsi dengan ushawan lain.
    Kalau kelian ado matlamat, tapi tak tau macam mano nak buek,
    bawak berbincang dengan kawan kawan kito,
    mungkin ado yang dah lalu kek situ,
    dan membantu jalan singkek untuk sampai ke situ.
    Bincang tontang hati

    Setiap manusio ado di bokekan hati,
    tapi pornah tak kito ronung apo itu hati.

    Hari itu ocu ado bebincang dengan seurang mat saleh,
    tanyo inyo
    apa itu hati

    inyo jawab pump darah
    itu ajo? tanyo ocu,
    itu ajo....

    tentu hati it lobe dari pump darah
    yang di bokekan oleh Tuhan

    jadi omu kito renung sejonak
    apo hati manusio ini sebonaunyo...

    hati kito ini selain dari pump darah
    untuk sampai ke setiap sel dalam badan
    ocu raso ia jugo mengepam banyak bondo lain...

    Hati adolah penjumusan keseluruhan kito ini,
    Hati lah yang menunjukkan sapo kito
    dan apo kito akan jadi, di mano kito diakhirnyo

    Kecantikkan dalaman sesaurang itu
    datangnyo dari hati,
    ianyo bercahayo,
    berpancar dari hati,
    tapi ianyo berpancar jiko kito
    bonaukan ia berpancar
    jiko kito ajau inyo untuk berpancar
    jiko kito pupok inyo untuk perpancar..

    kalau diambik dari suduik bahaso
    cubo tuli somo perkataan yang bole
    kelian rangkumkan dengan hati
    kelian akan teperanjek berapa banyaknyo
    tak pecayo? cubo...



    Saturday, January 10, 2004

    Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak
    Kiriman: shukri
    Sumber: orang kampung


    Bahan-Bahan:
    1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
    3 sudu asam jawa
    3 sudu tempoyak
    50 g cili api ( digiling )
    2 cm kunyit hidup ( digiling )
    2 bunga kantan ( dibelah )
    garam
    gula
    daun kesom secukupnya
    asam keping secukupnya
    Cara:
    Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

    Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
    Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
    Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
    Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

    Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.
    Cadangan Hidangan:
    Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap
    Tambahan:
    Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak.
    Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang.
    Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah )
    Tokan link untuk ke artikel asal SEJARAH TEMERLOH

    Selasa, 23 Disember 2003
    Tempat yang dikenali sebagai Temerloh ini adalah suatu tempat yang bersejarah. Ini kerana ianya bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Serindun yang menguasai kawasan antara gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah Timur bahkan nama inilah digunakan sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang semejak daerah ini ditubuhkan mulai 1.7.1889.
    Mengikut ceritanya, iaitu pada suatu hari pada zaman dahulu anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka belayar ke Daik dan dari sana mereka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang.
    Setelah beberapa lama digalah mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau, daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat maka mereka pun singgah . Sujudbilang dan abang-abangnya dan abang-abangnya naik keatas tebing hendak melihat apa yang dibuat orang. Walaubagaimanapun mereka tidak diterima oleh orang tempatan di situ. Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar (kiri dan kanan tebing Sungai Pahang)
    Sujudbilang mencadangkan supaya berbaik-baik dengan orang-orang asli itu sambil berkata : "Ramah tamah pangkal modal budi bahawa penambat hati pembuka manis selera nafsu". Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang. Mulai dari hari itu dimana ada kampung orang asli mereka pasti akan singgah.
    Mereka memberi garam dan Tembakau. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui mereka. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila tiba di sana maka perahu ditambat maka sujudbilang dengan abang-abangnya yang tua kedarat membawa garam dan tembakau. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun semakin erat. Ini dapat di jalaskan dengan situasai dimana ujudnya persepakatan antara Batin Seridun dan Sujudbilang iaitu mereka sama-sama mencari makanan keluar waktu pagi dan pulang waktu petang dengan membawa balik barang-barang makanan. Pada waktu malam pula mereka tidur meniarap berhampar diatas tanah yang telah diatur daun-daun kering mengelilingi rumpun api dengan cawat sahaja.
    Manakala yang perempuan di suatu tempat khas berasingan dari yang lelaki. Didalam beramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.
    Mengikut cerita "tidur"dalam bahasa asli ialah "Mereloh" jadi tempat mereka tidur beramai-ramai itu di bahasakan sebagai tempat mereloh oleh itu Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan mereloh. Oleh kerana tempat mereloh itu panjang maka ia dipendekkan kepada Temerloh. Itulah asalnya tempat yang di panggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun iaitu Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya diislamkan oleh Sujudbilang . Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama Islam di Pahang Tengah.Sehubung dengan itu pada 1hb.Julai 1889.J.P Rodger Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen Pahang. Dia telah membahagikan Pahang kepada 6 kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang.
    Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan . Kuala Semantan ditukar kepada Temerloh semejak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.
    sekian sahaja...........


    KERANA APAKAH KALIAN RELA BERKORBAN KEHIDUPAN?
    II/.
    Wahai sekalian Allahyarham
    Wahai arwah Datok Bahaman orang kaya semantan
    Wahai arwah Tok Gajah dan Mat Kilau nan gagah

    Belantara negerimu yang pernah kalian pertahankan
    Dengan luka, dengan darah ,dengan duka
    Kini semakin terang-benderang atas nama kemajuan
    Bukit, balak-balakmu ditakit ditarah
    Entah atas nama siapa ia diserah
    Bebukit Tinggi dan pulau-pulaumu kini semakin berisi
    Dari sebaneka slot mesin judi

    Sementara kami cucunda-cucunda sengsara
    Masih dipalit hutang mendera tak terselenggara
    Hutang beli kerusi roda, ayahanda lumpuh tiada upaya
    Hutang bil rawatan juga pembedahan
    Kerana anggota dan nyawa tak terinsuran
    Hutang menyenggelara kematian
    Sekarang tiada RM2000 tak boleh dibawa berbincang

    iii/.
    Janganlah kutuki kami
    Langkah kependekaranmu tak kami warisi
    Hidung dan mulut kami terkunci
    Atas nama kemerdekaan dan pembangunan

    Yang ada hanya catitan ini:
    Semuga Tuhan
    Merestui para pejuang
    KEMERDEKAAN
    Berjuang tanpa Tuhan
    Adalah merdeka tanpa ruang.



    // posted by amin @ 7:49 AM

    Mano kito Naang? Dak kan siko juo

    Dijaman dulu, Sungai tu lah sodo nyo...
    Sungai Pahang tu ibarat Loborayo Timor Barat
    Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin,
    Sungai Endau, Sungai Tembeling, Sungai Jelai,
    Sungai Semantan
    dan sungai kocik kocik lain
    digunokan
    untuk ke daera lain atau ke negori lain.

    Kalau neor ke Kelantan,
    Sungai Tanum dan Sungai Jelai
    atau piliola Sungai Sat dan Sungai Sepia,
    somo nya anak Sungai Tembeling.
    Sungai Sepia
    kalau nak
    bulio jo sampai ke Terengganu.

    Kalau ke Perak lagi la susa,
    Sungai Bertam dan Sungai Lipis
    yang bersambong ke Sungai Jelai.

    Menyusui dan mudiuk Sungai Semantan
    dan anak anak Sungai Semantan
    sampai pulo awak ke Selangor.

    Sungai juo
    jiko neor ko Hulu Muar dan Melako.
    Hak iko kono menyusui anak Sungai Pahang
    Sungai Bera namo nyo hinggo ko Sungai Serting

    Dipenghujung Sungai Serting
    Perahu diangket naik,
    ditarik sejauh 300 elo
    dan tompek dinamokan "Penarikan"
    makno nyo perahu ditarik didarek.
    Sudah itu perahu dihilirkan melalui Sungai Jempol
    dan setoroihnyo sungai Muar

    Dari Muar, berangkek
    lah pulang ke Negori
    atau melalui lawik ke tompek lain disemenanjung.

    Moh berakit?
    Meninjau sejarah Temerloh

    Friday, January 09, 2004

    Ngapo kami buek iko

    Blogger iko di buetkan untuk
    di simpan apo yang tau,
    supayo inyo dak ilang begitu ajo,
    hak pegi pegi,
    hak tingge dak menanyo
    isok bilo tak ado urang cerito
    anak cucu awak
    dak obe eh
    usul asal inyo
    hak dak obe usul asal
    tu ibarat burung dak obe sarang.
    Temolo tompek kami

    Temolo Pahang,
    awak dah lamo betapak di siko,
    ramai jo urang awak di sini...
    datok kami, Taib bin Abdullah,
    Datang sekitar 1900,
    itu pun dak jo jole do,
    isteri datuk Taib tigo,
    isteri pertamo ado anak bernamo Umar,
    isteri keduo ado anak bernamo Ramli,
    isteri ketigo, Tenggeno, tak bulio anak.

    Tapi menuruik ceritonya,
    peronah bersamo samo
    Arwah haji Sidin,
    berakik dari pokan ke lepis,
    mengaleh, meniago,
    sampai di rakik rakik
    gong di pukoi,
    urang datang berduyung
    barang dijue,
    hak laku, di boli,
    hak konan di jue
    sehinggo lamo kemudian
    dapek inyo memboli kodai batu ditopi sungai Pahang.
    ayah kami, ramli (1926-1995)
    dan amak, Halijah binti Tasir (1935- )
    *****************************************************
    elok juo kalau ado tompek awak beborak..

    Bismillah memulo blog kito
    tompek awak meningge cerito
    takuik hilang begitu ajo

    kalau buleo hebohkan la
    supayo yang jao, dokek
    yang dokek, dimesorokan

    yang dak obe, obe
    yang poniong, hilang poniong nyo
    yang carek, jahik,

    yang kuyak, tampe.
    jalan awak iko
    akan toroih jo.

    “Read! In the name of your Rabb (Cherisher and Sustainer, Allah) Who created — created man, out of a leech-like clot: Read! And your Rabb is Most Generous.” (96:1-3)

    "Bacola!
    Dengan namo Rabb kito,
    yang mencipto - mencipto manusio,
    dari darah yang meloket:

    Bacola!
    Dan Rabb kito sangek Pemura." (96:1-3)
    *********************************************************