Saturday, January 10, 2004

KERANA APAKAH KALIAN RELA BERKORBAN KEHIDUPAN?
II/.
Wahai sekalian Allahyarham
Wahai arwah Datok Bahaman orang kaya semantan
Wahai arwah Tok Gajah dan Mat Kilau nan gagah

Belantara negerimu yang pernah kalian pertahankan
Dengan luka, dengan darah ,dengan duka
Kini semakin terang-benderang atas nama kemajuan
Bukit, balak-balakmu ditakit ditarah
Entah atas nama siapa ia diserah
Bebukit Tinggi dan pulau-pulaumu kini semakin berisi
Dari sebaneka slot mesin judi

Sementara kami cucunda-cucunda sengsara
Masih dipalit hutang mendera tak terselenggara
Hutang beli kerusi roda, ayahanda lumpuh tiada upaya
Hutang bil rawatan juga pembedahan
Kerana anggota dan nyawa tak terinsuran
Hutang menyenggelara kematian
Sekarang tiada RM2000 tak boleh dibawa berbincang

iii/.
Janganlah kutuki kami
Langkah kependekaranmu tak kami warisi
Hidung dan mulut kami terkunci
Atas nama kemerdekaan dan pembangunan

Yang ada hanya catitan ini:
Semuga Tuhan
Merestui para pejuang
KEMERDEKAAN
Berjuang tanpa Tuhan
Adalah merdeka tanpa ruang.



// posted by amin @ 7:49 AM

No comments: