Sunday, January 25, 2004

SYARIKATUL KHAIRIAH

Kito mulokan cerito ini dengan mengingati
arwa arwa yang tola pegi kerahmatullah
dan menyedokkahkan Fatihah. Cerito ini didapatkan dari amak,
Halijah binti Tasir, dan amak mertuo, Labibah binti Abdul Ghafar
pada cuti rayo cino baru baru ini (23hb. Jan 2004)

Eloklah kito mulo dengan menceritokan tontang
syarikatul khairiah. Ini ponting kerano
ianyo merupokan satu satu usoho yang ponting
yang telah dijayokan oleh masyarakat kito.

Tahukah kelian sekolah
menengah agama yang terdiri di tongah tongah
kampong kito ini, macam mano ase usol nyo.

Syarikatul Khairiah adolah namo yang
di pile oleh pengasas sekolah atau institusi
pendidekan yang telah banyak bejaso
kepado masyarakat Bandar Temolo khusus nyo
dan Pahang am nyo.

Sekola ini telah di dirikan oleh urang urang kito
yan antaro yang disebuik sebagai pengasas nyo
iola Tuan Hj Sidin (datuk Poik dan Bus),
Tuan Haji Abdullah (datuk Sepul dan Adek), Taib bin Abdullah,
(datuk Awal) Haji Aripin (Ayah Din azhar restaurant),
dan tuan guru Hj. Ahmad ( ayah Oncu Bi'ah).

Nak jadi ceritonyo, Abang kepado isteri Hj. Sidin
(wan pokan) yang bernamo Mualim Derapar, prona
menjadi Nazir sekolah agama diNegeri Sembilan.
Dikatokan yang inyo telah balik kePokan dan pada maso itu
tidak mempunyai pekerjaan.

Jadi, saurang pemuda kampung ini telah dihantau hilir
kePokan untuk memujuk dan menjompuik Tuan Guru ini
untuk menjadi Guru Bosau yang kebetulan nyo kosong.
Pemudo ini, tak lain tak bukan ialah Ramli bin Taib.
Perjalanan kePokan mengambik maso duo hari satu malam,
kalau kito mengilir maso itu.

Mualim Derapar, atau namo gelaran Tok Bak, datang keTemolo
meninggalkan anak anak nyo diPokan, dan menjadi guru bosau sekolah
agama raayat ini. Dio tingge di Ruma abah (tinggalan tok Taib,)
yang di beno pado tahun 1938. Satelah mualim menapak, beliau
telah memosan kepado keluargo inyo supoyo datang keTemolo.

Isteri dan anak anak beliau mudek dari Pokan dengan
dengan bot yang diusahokan oleh keluargo sayed dari conoh,
Perjalanan mudek dari conoh ketemolo mengambek maso
tigo hari duo malam. Bot ini longkap dengan jamban, tapi kalau
nak buang air, urangt akan nampak kito menoran dan
apo yang dibuang tu jatoh toruih kesungai.
Makan jugo disediokan dalam perjalanan, Kato amak
nasi dengan lauk ikan singgang disediokan.

Ole kerano mualim tentu agak sibuk dengan sekola, dia telah
meminto dua urang pemudo untuk pergi kepenambang
di pokan sari Temolo untuk menjompuik isteri dan anak anak nyo.
Pemudo pemudo itu iolah, Idris bi Hassan dan Abdul Ghani.

Keduo pemudo itu, satelah melihat yang ustad mempunyai ramai
anak perempuan, terus nya menyimpan hati dan berpakat diam diam untuk menando sorang satu anak perempuan ustad yang baru sampai dari Pokan.

Idris menando, Azizah, sementaro Abdul Ghani menando Labibah.
Tando ini akhir nya menjadi kenyataan kerano mereka beberapa tahun kemudian melangsungkan perkahwinan yang berkekalan hingga akhir hayat mereka. Ibu Azizah dan Labibah masih sihat walaupun keduo suami mereko telah kembali kerahmatullah.

Ramli, ayah saya walaupun serumah dengan mualim dan anak anak nya
yang lain, saperti Napisah, Ne, walaupun pernah menjadi buah mulut orang, tetapi satelah balek dari tahanan memperisterikan Halijah binti Tasir, juga cucu kepada salah seorangt dari pengasas, syarikatul
khairiah.

Walaubagaimana pun Anak sulung Ramli, Awalludin, telah
mendapat jodohnya dengan cucu mualim derapar (Nadzrah Abdul Ghani).

Antaro yang lain yang peronah menjadi gurunyo ialah Ustaz Mokhtar dari buntuik Pulau. Keris MAS saorang penulis terkenal juga pernah mengajar di sekolah ini.

Sekolah ini pronah ditukar namo nya kepado Madrasarul Khariah dan
semasa Tun Razak menjadi Menteri pelajaran, masyarakat disini telah menyorahkan nyo kekementerian pelajaran untuk memodenkan dan menguruskan nyo dengan lobeh baik.Sejak itu ia lebih dikenali dengan namo Sekolah Menengah Agama AlKhairiah.

DEMI MASO
SESUNGGOH NYO MANUSIO INI BONAU BONAU DALAM KERUGIAN
KECUALI MEREKO MEROKO YANG BERIMAN DAN MENGEROJOKAN AMAL SOLEH
DAN NASIHAT MENASIHATI ANTARO MEREKO
NASIHAT MENASIHATI SUPAYO MENTAATI KEBENARAN
DAN NASIHAT MENASIHATI DENGAN KESARARAN.

No comments: